← Laman Utama
WARKAH UCAPAN KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA UNTUK WARGA KOMUNITI IMPIAN SETIA, SAUJANA IMPIAN, KAJANG
09 Sep 2026
Assalammualaikum
Salam Kemerdekaan Kepada Sahabat Komuniti Impian Setia Yang Dihormati.
Alhamdulillah,
Detik Keramat Kemerdekaan Negara Pada 31 Ogos 1957 Menjadi Satu Titik Tolak Kebebasan Negara Dari Penjajahan Luar.
Kibaran JALUR GEMILANG menjadi Saksi Penyatuan Kepelbagaian Negeri Serta Budaya Dan Adat Membentuk Negara & Rakyatnya Inilah MALAYSIA..!
Lahirnya PERKIS 2026 Bertepatan Seperti Kembalinya Negara Kepada Rakyatnya.
Marilah Kita Bersatu, Berukhwah Serta Saling Menyokong Dan Menghormati Sesama Kejiranan Dengan Menjadikan Komuniti Impian Setia, Tanah Tumpah Darah Kita.
Yang Berat Sama Di Pikul, Yang Susah Sama Di Tolong, Yang Indah Sama Di Raikan, Yang Khilaf Sama BerMaafan.
Sesungguhnya Tiada Yang Sempurna Antara Kita Tapi Yang Menjadikan Komuniti IS Sempurna Adalah Kita Saling Menyokong, Berlapang Dada Saling Memaafkan Dengan Hati Yang Ikhlas Serta Menghargai & Meraikan Kepelbagaian Pandangan Dalam Kehidupan Berjiran.
Mewakili PERKIS 2026 Ayoh Kita Bergerak Sederap Kehadapan Dengan Menjadikan Komuniti Taman Impian Setia - MUAFAKAT KOMUNITI, MEMBAWA BERKAT Dengan Langkah Sehati Sejiwa
SALAM KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE-69
Yang Menjalankan Amanah,
HJ. AHMAD LOKMAN BIN HJ. SAIDIN
Pengerusi Interim PERKIS 2026